mY InTerEsT…hohoho

Aloha!! ^_^.. Korang….saya nak tanya ni..apa minat korang ekk?? Apa?? boleh ulang lagi sekali?? Baca novel? Eh2..samalah dengan saya. Saya ni minat tahap gila dengan novel. Bagi ajelah novel setebal mana pun saya boleh habiskan tak sampai dua hari. Dasyat tak? ^_^. Saya ni kalau dah dapat pegang novel…ishh….mak mentua lalu depan mata pun tak heran dah. Memang akan khusyuk habis lah wa cakap sama lu..hahahak.. Sekarang ni dalam koleksi saya baru ada 20 buah novel. Tuh semua abang saya yang sponser. Nak harapkan fulus(duit) sendiri memang tak ark..Poket pun selalu koyak ( duit tak dak).

Saya nak tanya lagi ni. Boleh ya.. Bila korang start baca or minat dengan novel ni? Saya start baca novel ni dari Form 1 lagi and first novel saya baca Bicara Hati karya Damya Hanna. Korang pernah baca tak? Memang terbaiklah cerita dia. Wa tak tipu sama lu..

ImageImage

 

 

                                                                   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kalau korang tak baca lagi,korang pegi cari sendiri and baca ya.. Nak harap saya tolong ceritakan memang sampai tahun depan malam raya lah tak habis-habis lagi. Tuh pasal first novel yang saya baca. The lattest novel punya iaitu Kalau memang Harus Begitu karya Acik Lana. 

 Image

 

Korang baca tak lagi novel ni? Kalau tak baca lagi, saya dengan rela hati promote kat korang untuk baca novel ni. Sebab apa? Sebab kebabommm lah.. Tambah-tambah hero dalam cerita ni. Zidan Putra. Pergh!! romantik habis lah. Sampaikan time saya baca novel ni, saya boleh tangkap meggie cintan dengan hero tuh..hahahahk.. So kalau korang nak rasa tangkap Maggie cintan dengan hero dalam cerita ni, pegi cari and baca cepat-cepat ya..

Ok lah sampai sini ja kot saya berleter pasal minat saya ni. Tapi sebelum tuh,kepada korang semua yang ada minat kat sesuatu tuh,janganlah segan-segan or takut nak kongsi dengan orang lain. Sebab kita ni cuma manusia biasa. Semua ada minat masing-masing. Ha!! kepada korang yang obses gila dengan novel ni termasuklah saya sendiri. Nak baca novel tuh boleh..Tapi buku-buku study tuh janganlah kita lupa pulak ya..Kalau novel yang tebal-tebal ni kita boleh habiskan or khatam dua tiga kali, apa salahnya kita khatam sekali buku-buku study kita. Baru seimbang.. Apa yang penting?? Pe…la….jaran…

 

@B0u+ ME

Assalamualaikum dan salam 1 dunia..hahahk..ok firstly saya nak memperkenalkan diri dulu kat korang semua. Nama saya Noor Baiyah Binti Roslan. Baca betul-betul. Noor Baiyah Binti Roslan. Pernah dengar ke tak nama Noor Baiyah ni? Or maybe korang pernah jumpa ka ada kenalan yang sama nama dengan saya..kalau ada tuh kongsi-kongsi lah ekk dengan saya sebab saya tak pernah jumpa dengan orang yang sama nama dengan saya. Jarang juga saya dengar nama orang yang sama dengan saya ni.. Ha!! korang nak tahu tak macam mana saya boleh dapat nama Noor Baiyah ni? Ha…korang nak tahu ka tak nak ka saya tetap nak cerita jugak kat korang pasal macam saya boleh dapat nama yang agak unik bagi diri saya sendirilah..bagi korang saya tak tahu.. ok..nama saya ni diberi oleh kedua-dua orang tua saya yang tercinta. Mak dan ayah saya ambil nama Noor Baiyah ni daripada Permaisuri Kedah dulu iaitu Almarhumah Sultanah Bahiyah..atas sebab-sebab tertentu, daripada Noor Bahiyah, tertukar jadi Noor Baiyah..simple ja ceritanya.ok that’s all untuk cerita nama saya.

Korang mesti dah tahu kan saya ambik course apa kat PSP ni kan?? Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan. Sebenarnya abang saya yang cadangkan course ni kat saya. dia cakap course ni memang the best. setakat ni saya tak nampak lagi apa yang the bestnya…almaklumlah baru sebulan dekat sini..

Urmm kalau korang nak tahu,dah hampir 18 tahun saya menetap dekat Pulau Pinang ni. tak pernah terlintas langsung kat benak fikiran yang saya ni akan dapat study kat PSP ni. First2 dapat tahu yang saya dapat sambung berlajar kat sini,pergh…..memang happy tahap gaban lah. mau tak happy..dekat gila dengan rumah kot..sapa tak mau..mak and ayah pun harap sangat saya dapat sambung study kat PSP. so kiranya doa mak and ayahtermakbullah..Alhamdulillah..

Ok lah saya tak mau berleter panjang lagi nanti korang boring pulak kan? so we stop at here. and dengan muka tak berapa nak malu ni nak mintak korang semua doakan saya succes dalam study saya…ok?? Wassalaam…

My Expectation About My Programme

 

 

Assalamualaikum..hye2…urmm..dalam ruangan ni saya nak cerita tentang ‘my expectation about my programme’. Benda apa tuh? meh sini nak tolong translate kepada bahasa melayu. Maksudnya…jangkaan program lah..hahhak simple aja. Ok program saya korang dah tahu kan?? Yeah..betul Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan.

Urmm..apa yang istimewanya program ni sampai saya pilih? Sebenarnya bukan saya yang pilih..abang saya yang tolong pilihkan.. Dia cakap Logistik ni best. Apa yang bestnya? Saya tak tahu lagilah sebab baru sebulan kot saya berlajar kat PSP ni. So saya tak tahu lagi lah.. Nanti kalau saya dah tahu saya roger2 korang ya..

Ok berbalik pada cerita tadi. Masa nak pilih Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan ni untuk apply masuk PSP, abang saya cakap Logistik ni berkaitan dengan kerja pengurusan barang-barang kat perlabuhan. Ikutlah bahagian mana kita mintak kerja nanti. Bukan tuh ja. Sapa yang ambik Logistik ni boleh juga keja kat pasar raya besar yang ada kat Malaysia ni. For example Tesco, Jusco, Carefour, Gaint and so on lah..Kitalah yang urus setiap barang-barang yang keluar masuk kat pasar raya tuh. Dengar macam menarikkan? Sebab tuh lah saya dengan rela hati pilih Logistik.

Ramai orang cakap yang course Logistik ni senang nak dapat kerja. Pensyarah saya pun ada cakap macam tuh. Dia cakap ramai seniour-seniour lepas yang dah graduate terus dapat kerja. Tak payah tunggu lama-lama sebab sekarang memang banyak tempat yang perlukan pelajar yang graduate dalam course Logistik. Buktinya..hari tuh saya lalu depan satu kilang ni dekat Seberang Jaya, kat depan gate tuh diorang tampal satu banner besar jawatan kosong untuk bidang Logistik. So saya berharap sangat nanti lepas saya dah graduate, rezeki saya di permudahkan. Insya-Allah.. Korang doakan ya..

Kalau korang nak tahu jugak, saya agree dengan pilihan abang saya ni pun sebab dalam bidang ni kaum hawa kurang ceburi lagi. Maybe kaum hawa ni ingat keja2 dalam bidang Logistik ni berat-berat kot. Ya lah..kaum hawa kan dah memang sinonim dengan tingkah laku yang lemah lembut..sebab tuh lah ramai yang takut nak ceburi bidang ni. So saya nak keluar dari kotak pemikiran orang sekarang di mana perempuan tak boleh buat keja berat-berat ni. Saya nak buktikan perempuan pun boleh buat apa yang kaum adam buat. Belum cuba belum tahu kan?

Jadi harapan saya, hope sangat saya success dalam bidang yang saya plih ni. Sebab semakin hari saya dah mula minat or tangkap maggie cintan dengan bidang Logistik. Saya nak jadi perempuan yang pertama success sampai ke tahap antarabangsa dalam bidang Logistik ni. Insya-Allah..